BACHOK - Seorang lelaki maut ditembak dalam kejadian samun di sebuah
kedai peralatan binaan di Beris Lalang, kira-kira jam 5.45 petang,
semalam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, ketika kejadian,
mangsa, Mustafa Siddiq, 52, berada dalam premisnya bersama isteri,
Norhaizan Mohd Zin, 45, dan anaknya, Ainul Wahida, 18, serta seorang
pekerja mereka.
“Mustafa cedera di kiri perut dan lutut kanan. Mangsa bagaimanapun
meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, kira-kira jam 7.40
malam. Anak mangsa juga ditembak di paha, kini dirawat di Hospital
Universiti Kubang Kerian (HUSM).
“Suspek sudah dikenal pasti berdasarkan maklumat diberikan saksi. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Menurutnya, kerugian dianggarkan RM1,000 dan suspek dikatakan
menggunakan kereta Proton Preve berwarna hitam dengan nombor pendaftaran
CDC 4561.